lunatic loves

May 19, 2014

TERMS IN PHOTOGRAPHY

EXPOSURE (PENDEDAHAHAN)

Jumlah cahaya paparan cahaya yang diterima oleh sensor dalam kamera untuk sesuatu foto. Jika paparan cahaya yang diterima terlalu banyak atau lama, maka hasil foto akan menjadi terlalu terang (over exposure). Begitu juga sebaliknya, jika paparan cahaya yang diterima oleh sensor terlalu sedikit atau cepat, maka hasil foto akan menjadi terlalu gelap (under exposure). Pada masa kini, terdapat banyak kamera digital yang sudah dilengkapi dengan pengukur cahaya yang mampu mengatur paparan cahaya atau 'exposure' secara automatik untuk memperolehi hasil yang optimum.

APERTURE

Aperture dalam bahasa mudahnya adalah kadar bukaan cahaya yang mengawal kemasukan cahaya terus kepada 'image sensor' atau kepada filem. Semakin besar kadar bukaan tersebut, semakin banyak cahaya yang dipantulkan dan di'capture' oleh image sensor atau filem dan begitulah sebaliknya. Dalam dunia fotografi, aperture dikenali dengan simbol f sebagai contoh, f/2.8. kadar bukaan yang besar (kemasukan cahaya yang banyak) selalunya mempunyai nombor aperture yang kecil. Sebagai comtoh, f/5.6 lebih besar aperturenya berbanding f/3.2.

SHUTTER SPEED

Tempoh masa shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor. Nilai shutter speed dikira dengan menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih rendah dari satu saat. Shutter pada kelajuan 2 saat akan membenarkan kemasukkan cahaya yang lebih dari shutter pada kelajuan 1/250 sesaat misalnya.
Shutter-Speed
Di tempat yang kurang cahaya, shutter speed yang perlahan diperlukan bagi mendapatkan cahaya yang cukup untuk exposure yang baik. Di tempat yang cahayanya terang pula, pelbagai kepantasan shutter dari sederhana ke laju boleh digunakan, namun jika perlahan atau terlalu perlahan akan membuatkan imej menjadi overexposed kerana terlalu banyak cahaya yang masuk.
DEPTH OF FIELD (DOF)
Terma yang diguna pakai untuk membicarakan perihal kawasan dihadapan dan dibelakang 'focus point' utama (subjek) yang akan kekal 'sharp' atau berada dalam keadaan fokus. DOF dipengaruhi oleh 'aperture', jarak subjek, 'focal length', dan saiz atau format filem atau sensor. 'Aperture' yang luas seperti f/1.2 atau f/1.8 mempunyai DOF yang cetek. Apa-apa subjek yang berada dihadapan atau dibelakang 'focus point' utama akann kelihatan kabur (out of focus). 'Aperture' yang kecil seperti f/11 atau f/16 mempunya DOF yang lebih dalam. Subjek yang terletak dalam sesuatu julat dihadapan ataupun dibelakang 'focus point' utama akan kelihatan 'sharp' (in focus).
COMPOSITION (KOMPOSISI)
Teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Komposisi boleh membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, dan yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.
Asas-Asas Komposisi
1. Rule of third
Peraturan komposisi yang selalu digunakan oleh juru foto. Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang. Garisan itu dibayangkan menggunakan imaginasi sendiri tapi walaubagaimanapun, kebanyakkan kamera pada masa kini sudah ada tatapan yang memaparkan garisan itu.
2. Balance (Keseimbangan)
Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, tetapi terdapat subjek lain yang menyeimbangkan subjek utama.
3. Garisan
Garisan merupakan satu elemen yang kuat yang boleh memberi kesan yang mendalam pada sesuatu gambar. Garisan perlu diletakkan ditempat yang betul dan garisan akan bertindak menarik mata kita untuk melihat lebih mendalam dan menghayati foto yang diambil.
4. Simetri 
Subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Subjek perlu kelihatan kuat supaya tidak tenggelam.
5. Kedalaman (Depth)
Setiap gambar yang kita ambil dipaparkan dalam 2 dimensi. Tapi dengan bermain dengan 'foreground' dan 'background', kita boleh mewujudkan depth atau kedalaman yang akan membuatkan foto yang kita ambil bersifat 3 dimensi supaya gambar yang kita perolehi tidak mendatar.














5 comments:

  1. informasi yang berguna! mohon tambah lagi hihi :3

    ReplyDelete
  2. nice and interesting blog :D baru faham maksud aperture sebenar.

    ReplyDelete
  3. great information.nice for sharing :)

    ReplyDelete
  4. thank you for sharing :) banyak membantu saya dalam memahami terms in photography

    ReplyDelete